MADU KELULUT - WARNA, RASA, BAU, BUIH DAN KELIKATAN

Warna Madu
Warna madu lebah kelulut tidak seragam. Ianya ada yang berwarna jernih dan sehingga gelap pekat. Warna-warna madu ini bergantung kepada tahap kematangan madu yang dituai. Semakin matang madu, semakin gelaplah warnanya. Ia juga bergantung kepada jenis kelulut yang diternak dan sumber makanan yang dominan di kawasan penternakan.

Rasa Madu
Rasa madu lebah kelulut adalah manis dan masam. Adakala terasa agak pahit. Rasa manis madu adalah daripada sumber gula ringkas yang dihasilkan oleh Lebah Kelulut dari Nektar yang dihisap (glukose, sukrose dan fruktose). Rasa masam adalah daripada kandungan asid fenolik bebas ( asid fenilproponik, asid profocatechnik dan asid 4-hidroksifenilaktik). Manakala rasa pahit sedikit berkemungkinan datang daripada sumber propolis.

Bau Madu
Secara umumnya madu berbau harum manis. Adakalanya ia berbau seperti bau bunga/pokok yang menjadi dominan di kawasan penternakan. Sebagai contoh sekiranya haif diletakkan dalam kawasan kebun durian dan pada waktu tersebut pokok durian sedang berbunga, madu lebah kelulut yang dituai akan berbau bunga durian. Begitu juga sekiranya ia diternak di dalam kawasan pokok gelam atau akasia.

Buih Madu
Madu Lebah Kelulut dan madu lebah tualang yang dikeluarkan oleh penternak kecilan, seringkali kelihatan berbuih. Ini adalah disebabkan madu masih mengalami proses penapaian yeast yang akan menghasilkan gas karbon dioksida. Apabila anda membeli madu ini, dinasihatkan untuk membuka tudung/penutup botol dan menutupkannya dengan kain sahaja serta diikat. Letakkannya di dalam freezer untuk mendormatkan aktiviti penapaian yis. Ataupun buatkan lubang kecil di penutup botol untuk membolehkan gas yang terhasil dibebaskan dan mengelakkan botol madu pecah. Madu masih boleh dimakan. walaubagaimanapun, kehadiran buih tidak boleh dijadikan kayu pengukur keaslian madu kerana masa kini sudah terdapat formula untuk menghasilkan buih madu.

Kelikatan Madu
Seringkali kita bandingkan kelikatan cairan madu lebah madu dan lebah kelulut. Sebenarnya secara purata, madu lebah kelulut dan lebah madu yang baru dituai adalah cair berbanding dengan madu yang di dalam pasaraya/madu import. Ini kerana madu lebah mentah mengandungi kandungan air/moisture yang tinggi. Lebah Madu >20% manakala lebah kelulut >30%. Untuk dipasarkan, biasanya madu mentah ini akan diproses menyahlembapan untuk mengurangkan kandungan air <20


Madu Kelulut Ayu Maisarah

HJR GLOBAL RESOURCES (002635350-T)
TEL: +6011-10963290
AGEN DI SETIAP NEGERI DIPERLUKAN…!!!



Comments

Popular posts from this blog

MANFAAT MADU KELULUT UNTUK IBU MENGANDUNG

WARNA MADU KELULUT