Posts

Showing posts from January, 2018

KHASIAT HASIL LEBAH KELULUT, UTUSAN MALAYSIA

Maklumat tentang KHASIAT HASIL LEBAH KELULUT, yang saya baca dan susun semula hasil penemuan saintis di Malaysia dan Luar Negara. Smga membantu, dan minta disebar luaskan jika ia bermanfaat. Terima kasih. KHASIAT PRODUK LEBAH KELULUT 1. MADU LEBAH KELULUT Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.” “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang ya

MADU KELULUT - WARNA, RASA, BAU, BUIH DAN KELIKATAN

Image
Warna Madu Warna madu lebah kelulut tidak seragam. Ianya ada yang berwarna jernih dan sehingga gelap pekat. Warna-warna madu ini bergantung kepada tahap kematangan madu yang dituai. Semakin matang madu, semakin gelaplah warnanya. Ia juga bergantung kepada jenis kelulut yang diternak dan sumber makanan yang dominan di kawasan penternakan. Rasa Madu Rasa madu lebah kelulut adalah manis dan masam. Adakala terasa agak pahit. Rasa manis madu adalah daripada sumber gula ringkas yang dihasilkan oleh Lebah Kelulut dari Nektar yang dihisap (glukose, sukrose dan fruktose). Rasa masam adalah daripada kandungan asid fenolik bebas ( asid fenilproponik, asid profocatechnik dan asid 4-hidroksifenilaktik). Manakala rasa pahit sedikit berkemungkinan datang daripada sumber propolis. Bau Madu Secara umumnya madu berbau harum manis. Adakalanya ia berbau seperti bau bunga/pokok yang menjadi dominan di kawasan penternakan. Sebagai contoh sekiranya haif diletakkan dalam kawasan kebun durian dan pada w

MANFAAT MADU KELULUT UNTUK IBU MENGANDUNG

🌹Madu merupakan suplemen penambah tenaga dan ketahanan diri semasa mengandung dan pada saat menjelang masa kelahiran bayi. 🌹Meningkatkan pengeluran air susu ibu 🌹Madu dapat mencegah berbagai jenis penyakit mulai dari kelelahan, darah tinggi, kencing manis, kencing kotor, hingga penyakit batuk selsema, dan bermacam jenis penyakit lainnya. 🌹Madu dapat membantu mengurangkan rasa mual 🌹Mengatasi morning sickness 🌹Madu membantu meningkatkan nafsu makan ibu hamil 🌹Kandungan antibiotik yang terdapat dalam madu sangat ampuh membunuh kuman-kuman yang bersarang dalam tubuh, sehingga madu mampu membantu pencegahan berbagai macam jenis penyakit. 🌹Zat galian yang terkandung dalam madu dapat membantu menguatkan janin. 🌹Vitamin C yang terkandung dalam madu membantu menjaga kesehatan dan kebersihan kulit ibu hamil dan janin. 🌹Secara khusus madu membantu pertumbuhan fisik dan mental janin. 🌹Madu dapat mencegah terjangkitnya penyakit hepatitis B 🌹Madu membantu bayi untu

WARNA MADU KELULUT

Image
Warna Madu Kelulut adalah sangat jelas berbeza dari gelap (hitam) hingga ke cerah keputihan. Madu Kelulut Ayu Maisarah Madu Kelulut Ayu Maisarah Warna-warna ini berbeza bergantung kepada jenis bunga yang dihinggapi oleh kelulut pada masa itu. Warna madu yang berbeza ini sudah tentu mempunyai khasiat perubatan yang berbeza kerana tumbuhan yang menjadi sumber makanan bagi kelulut ini mengandungi kandungan bahan aktif dan khasiat perubatan yang berbeza. Walau bagaimanapun, secara khusus kita tidak dapat kaitkan khasiat perubatan dengan warna madu itu sendiri. Ini kerana walaupun secara umum kita boleh katakan bahan tanaman yang berwarna gelap mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi. Spesis kelulut juga tidak mempengaruhi warna madu yang dihasilkan.  Madu daripada koloni yang sama boleh menghasilkan warna yang berbeza bergantung kepada kedapatan bunga-bunga yang kelulut hinggap pada masa itu. Secara umum, madu yang matang dan tersimpan dalam log kayu yang dikum

MADU KELULUT AYU MAISARAH

Image
Madu Kelulut Ayu Maisarah Madu kelulut dikenali sebagai eliksir kehidupan kerana nilai khasiat yang terkandung dalam madu tersebut adalah lebih tinggi berbanding madu lebah. Walaupun rupanya sama dengan madu lebah biasa, tetapi perisanya yang lebih masam dengan kandungan khasiat yang berbeza membuatkan madu kelulut sangat unik. Ramai mungkin tidak tahu, tapi sebenarnya madu kelulut mempunyai keunikan yang menjadikan makanan tersebut salah satu makanan superfood Malaysia bertaraf antarabangsa. Untuk ketahui apakah keunikan madu ini, mari kita sama-sama melihat penulisan di bawah. Penghasilan Madu Kelulut Madu kelulut terhasil oleh lebah kelulut iaitu sejenis lebah tanpa sengat yang boleh ditemui di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Dikatakan juga bahawa terdapat kira-kira 500 spesies lebah kelulut di seluruh dunia. Lebah lelulut, yang juga dipanggil stingless bee dalam Bahasa Inggeris, berfungsi se

AYU MAISARAH PROPOLIS SOAP

Image
Ayu Maisarah Propolis Soap Ayu Maisarah Propolis Soap “AYU MAISARAH PROPOLIS SOAP” Adalah sabun muka daripada gabungan PROPOLIS LEBAH KELULUT, MADU LEBAH KELULUT, PURE MARINE COLLAGEN, MINYAK ARGAN ASLI dan GABUNGAN HERBA-HERBA SEMULAJADI yang terpilih yang mampu MERAWAT KULIT SECARA SEMULAJADI DENGAN EFEKTIF. Kandungan Propolis Lebah • Universitas Oxford melakukan penelitain pada tahun 1987 terhadap propolis dan menyimpulkan bahwa di dalam propolis mengandung sekitar 149  jenis bahan aktif. Institut Kanzan meneliti kandungan kompleks yang terdapat di dalam propolis lebah diantaranya: • 34 jenis bioflavonoid, yang merupakan senyawa alamiah pada tumbuhan. Kepekatannya mencapai 500 kali lipat dari kandungan antibiotik pada jeruk. • Berbagai macam Vitamin seperti: Vitamin A, provitamin A, B kompleks (B1,B2,B3,B4,B5,B6,B12), Vitamin C, D, E, Biovin. • Kandungan mineral yang bermacam, seperti: Albumin, Magnesium, Cacium, Iron Zine) • 16 Asam amino (protei

RAHSIA TANAMAN HIASAN JADI SUBUR DAN BANYAK BUNGA

Image
Air Mata Pengantin, Ayu Maisarah Kelulut Farm  Assalamualaikum... "Lebatnyeee bunga Air Mata Pengantin di Kelulut Farm Ayu Maisarah...geram tengok....gune baja ape...?" Rahsianyeee, DO'A MASUK KEBUN مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ Maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sumber lengkap firman Allah di surat Al-Kahfi, وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِن تُرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالاً وَوَلَداً “Mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu “maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan.” (QS. Al-Kahfi: 39). Ketika membahas ayat ini, Ibnul Qayim mengatakan, فينبغي لمن دخل بستانه أو داره أو رأى في ماله وأهله

CATATAN BUAT ADAM

Image
Adam, Kau adalah imam dan aku adalah makmummu, Aku adalah pengikutmu kerna kaulah amir, Pimpinlah tanganku kerna aku sering lupa dan lalai, Seringkali aku tergelincir, Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah, Perdengarkanlah aku kalimah syahdu-Nya, Agar duniaku sentiasa di jalan rahmat-Nya, Tiupkanlah roh jihat ke dalam dadaku, Agar aku tetap menjadi mujahidah kekasih Allah, Adam, Gunakanlah ketinggian akalmu 9, Untuk membina kehidupan bersamaku, Ku mendoakan agar Allah, Sentiasa merahmati perjalanan hidupu, Dan, menjadikanmu hamba-Nya yang kuat tabah Serta terpelihara dari fitnah dunia, Akhir kata coretanku, Semoga kasih sayang antara kita sentiasa berbunga, Semoga kau sentiasa merasa kerinduanku, Tiada tempat yang terindah Yang aku dambaka selain disisimu sampai ke syurga. Salam sayang, Hawa.