KHASIAT MADU KELULUT

Madu Kelulut Ayu Maisarah
Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

Selain itu, pelbagai khasiat lain madu kelulut ini dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur.

Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.

Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

HJR GLOBAL RESOURCES (002635350-T)
TEL: +6011-10963290
AGEN DI SETIAP NEGERI DIPERLUKAN…!!!
https://www.facebook.com/trigonahoney2u

Comments

Popular posts from this blog

MADU KELULUT - WARNA, RASA, BAU, BUIH DAN KELIKATAN

MANFAAT MADU KELULUT UNTUK IBU MENGANDUNG

WARNA MADU KELULUT